Thursday, April 21, 2016

Tajuk dan Slogan NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca suatu tabiat yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.
    Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh Negara yang diberikan penjenamaan semula melalui pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia secara amnya.

No comments:

Post a Comment