1. Buat
Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila
yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen
‘ulat buku’.
2. Rakan
Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai
rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman
membaca.
3. Mendirikan
Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca,
menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan
Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah
kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari
Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi
minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan
Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan
ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati
Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang
dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris
Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk
memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul
Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul
perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan
Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita
yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada
cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis
Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran
tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita
supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan
membandingkannya kemudian.
12. Halaman
Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah
buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk
surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka
Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen
berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan
Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita
yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa
Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa
perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama
perenggan-perenggan itu.
16. Pesan
Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita,
puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam
karyanya.
17. Luaskan
Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan
kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan
menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak
itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua
Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang
sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian
melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu
Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin
menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia
terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan
pencapaiannya.
20. Membanding
Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan
keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya,
atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas
Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan
maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul
Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling
satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu
dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat
Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada
ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah
buku.
24. Berkongsi
Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca
bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih
mereka.
25. Merancang
Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola
suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata
Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati
menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari
Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis
arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka
mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca
Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang
dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya
dengan mendengar gambarannya.
29. Surat
Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil
dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku
Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja
mereka berada.
31. Projek
Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan
oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi
Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah
Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan
projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz
Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40
Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai
mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya
melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru
matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan
buku catatan membaca.
36. Minggu
Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang
dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku
Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan
majalah atau akhbar.
38. Wadah
Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk
beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa
perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan
pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi
perbincangan.
39. Menulis
Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih
watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku
dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis
Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku.
Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik
pulih).
41. Projek
Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis,
ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian
Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu
untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat.
43. 1 +
1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku
disebarkan kepada 100 orang rakannya.
44. Projek
Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru
mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing
akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan
tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk
mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang
lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka
dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45. Program
‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan
perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment