Monday, April 25, 2016

Pencapaian NILAM













PELBAGAI AKTIVITI NILAM MENJADI PILIHAN





1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.

2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.

4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.

5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.

Sunday, April 24, 2016

Panduan/ Tatacara & Sumber Rujukan

Pembelajaran Dan pengajaran Kelas Abad Ke 21


 

Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad 

ke 21 yang boleh dimanfaatkan.


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


Thursday, April 21, 2016

Aktiviti NILAM


PROGRAM MEMBACA NILAM


Hari: Rabu (20/4/16)
Masa: 7.40 - 8.10 pagi

Tajuk dan Slogan NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca suatu tabiat yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.
    Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh Negara yang diberikan penjenamaan semula melalui pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia secara amnya.