Monday, April 25, 2016
PELBAGAI AKTIVITI NILAM MENJADI PILIHAN
1. Buat
Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila
yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen
‘ulat buku’.
2. Rakan
Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai
rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman
membaca.
3. Mendirikan
Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca,
menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan
Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah
kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari
Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi
minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
Sunday, April 24, 2016
Panduan/ Tatacara & Sumber Rujukan
Pembelajaran Dan pengajaran
Kelas Abad Ke 21
Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad
ke 21 yang boleh dimanfaatkan.
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
Friday, April 22, 2016
Thursday, April 21, 2016
Aktiviti NILAM
PROGRAM MEMBACA NILAM
Hari: Rabu (20/4/16)
Masa: 7.40 - 8.10 pagi
Tajuk dan Slogan NILAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca suatu tabiat yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.
Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh Negara yang diberikan penjenamaan semula melalui pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia secara amnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)